Friday, April 2, 2010

"Saya Tak Takut".

Tajuk nie sebenarnya merujuk kepada penyataan seorang heroin drama melayu kontroversi suatu masa dahulu dan selamanya dia akan tetap mewujudkan publisiti kontroversi berkait tentang penahananya atas kes kantoi urine test(positive)yang dibuat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)yang membuat operasi berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT)pada 12 february lepas.
 Kata-katanya menggambarkan dia cukup yakin yang dia tidak bersalah dalam hal nie dan bersyukur dia terlepas bebas daripada dakwaan mengambil dadah.Zarina An-Julie Fahizul...aku sebenarnya tak lar amik tau sangat pasal dia malah pasal artis2 lain di Malaysia berhubung apa saja aktiviti diowang kat muka bumi Malaysia nie..impak diorang macam sama jer ngan kehadiran buruh2 Indon @ Bangla ke Malaysia.Mereka muncul sekejap,tayang muka and then lesap sikit2 macam kabus di Kundasang.Konon dia penah jadi heroin hantu hisap leher,kuntilanak lau kat Indon tapi dia nie berlakon sebagai Anak Pontianak..tapi bila tengok video drama kontroversi dia yang satu lagi,lain lar pulak..Anak Pontianak lar plak yang kena hisap darah..adoiii...versi melayu tue..
 Apapun bukan itu yang aku nak talk,itu cerita lantak dia lar.Tapi sebenarnya ia bersentuhan sikit sal pengalaman aku dalam hal 'urine test' nie..Sebelum tue aku nak habaq awai2 yang aku pun bukan lar penagih tegar atau mat gian atau mat pit atau apa saja seangkatan ngan nama tue..jangan lar cop aku lebih awal dari akhir citer aku nie.
 Mei tahun lepas,lau aku tak silap lar,base aku buat urine test mengejut.Ramai yang kantoi termasuk geng2 kamceng aku.Aku yang baru abis main bola petang tue lum lagi ditest tapi aku dah berdebar2 giler bila ade member2 bagitau.."wei Phan,buddy ko kantoi lar Phan..skunk kena rest kat Ordely room.."Aku masa tue masih leh buat muka slumber jer..Abis jer aku mandi dan nak bersiap gi majlis tahlil,datang lar mamat pakai selendang merah panggil aku n escort aku sekali gi OR.Time nie,dalam fikiran aku.."abih lar ko phan..hayun jer lar...".Aku dah agak dah aku pun akan kantoi jugak...positif ketamin and methamphetamine.
 Selepas itu hari2 yang aku lalui cukup sukar sekali,dengan pandangan orang2 di sekiling aku membuatkan aku berharap sangat aku bebas dari ujian sebenar di Makmal kimia dan Patologi.Malah aku jadi risau tentang services aku yang akan ditamatkan begitu saje,applications utk lanjutkan pelajaran akan dibatalkan dan macam2 lagi...aku dah mula mencongak kerja ape yang akan aku buat bila diberhentikan nanti..
 Sebulan telah berlalu,ketika aku mendapat berita tentang aku ngan buddy aku yang 2 orang tue lagi safe,masa tue aku kat Port Dickson.Betapa leganya aku dan dari saat tue jugak aku dah janji taknak amik lagi menatang tue..cukup lar jiwa aku terseksa...Aku tak mau memburukan rekod aku yang aku pertahankan selama nie hampir 15 tahun.Skunk permohonan aku untuk sambung kontrak telah pun diluluskan tapi aku pulak yang rasa yang aku perlu tamatkan lebih awal services aku coz aku dah mula rasa bowink giler ngan routine nie..
 Soalnya skunk,bukan sebab bebas dari tuduhan dan membuktikan yang kita tidak bersalah tapi dari segi moral kita sebenarnya memang bersalah kerana mengambil bahan terlarang tue..cuma dalam kategori ringan dengan berat jer..Test yang pertama itular yang sebenarnya membuktikan yang kita mengambilnya dan selepas itu lau kita terlepas itu bonus dan point utk kita sedar takde gunanya dan tak berbaloi langsung dengan mengorbankan kehidupan kita.Jauhi DADAH.

No comments:

Post a Comment