Di sini titis darah
Satu-satu titisnya
Arusnya satu bentuk
Diam basah di lantai
Cipta ronga di tiang reput..
-Rekah tanah menadah isi
Dalamnya tulang-tulang
Dasarnya ada pecah tengkorak
Ada tiga dibilang...
Satu-satu titisnya
Dihirup bangsa-bangsa kekal
-Limau segar diperah bersama
-Lazat darah ini semangat kami
Tapi busuk darah ini
Kami sendiri meludahnya..
Tulang-tulang kukuh berselerak
Masih ada kesan darah
Mengalir dari rekahan..
-Anjing-anjing liar kelmarin
Mengonggong dari jauh..
Tapi kami membiarkannya lama
-Kerana kami tiada daya
-tiada senjata tiada peluru
Hari ini masih ada menjilat titisan darah
Di lantai berliang reput
Di tanah rekah terbelah..
-Bukan semangat dari darah perjuangan
-Bukan keramat dari pusara pahlawan..
Yang dijilat darah hanyir bangsa sendiri
Mati bersabung,mati berlaga,mati telanjang..
-Untuk satu bangsa
Esok siapa pula pemerintah...?
Creature: Penaphankarya.
Publishing: 12 June 1995.
Location: Cenderawasih,Sahabat,Lahad datu.
Memo: Puisi ini aku hasilkan ketika tahun pertama aku bekerja sebagai Auxiliary Police.Masih banyak puisi2 lama aku yang masih kusimpan kekal dengan kertas yg pertama aku tulis..kira kertas tue dah usang dah..bertahun lamanya tersimpan dan terpendam...Aku suka hasilkan puisi masa tue sebab aku rase seronok dan puas bila dpt hasilkannya...Now,aku dah ada platform tuk aku letak sbgi arkib aku sendiri.
No comments:
Post a Comment