Yup,nama nie akhirnya muncul jugak dalam blog aku.Dah terlalu lama nama ini aku x menyebutnya..faham2 jer lar,bila dah lama break off mungkin tak begitu sopan aku rase..ditambah plak dia dah berkahwin dan sekarang dah punya baby.
Di Flemington Hotel aku ternampak dia,secara spontan jer aku menyapanya sebelum aku memasuki BallRoom untuk melihat happening Star Club yang aku sendiri tak tau ape benda club nie tanpa terlebih dahulu aku didedahkan.Ape yang aku tau pioneer2 Star Club cuma show keta2 mewah dan berkuasa tinggi dowang..Aku tak berapa begitu berminat.
Yanti..aku rase aku menyebut namanyer dengan betul.Masih cute..Sekali lagi aku datanginya untuk berbual lebih kurang,bertanya khabar.Sempat jugak aku meyelitkan sekali URL aku dan add FB aku.
Aku cuba imbas balik tentang aku ngan dia suatu masa dulu.Aku terpaksa(mungkin...)lepaskan dia walaupun mase tue kami dah plan untuk 'bersatu' secara sah dlm masa sebulan lagi.Entah kenapa aku amik keputusan untuk tak meneruskan hubungan kitaowang.Aku memang sukakn dia tapi aku perlu teliti tentang hidup aku terlebih dahulu.Selepas tamatkan Operasi Bantu di Royal Belum Grik,aku seolah2 munasabahkn diri,merencana suatu yg aku fikir baik untuk kami berdua...
2006 kalau tak silap itulah kali terakhir aku jumpa dia selepas dia berjaya disatukan dengan owang lain..Malah aku berhak buat keputusan tue dengan alasan aku yang cukup baik,memberi peluang pada yang berhak.Bukan aku,sebab aku tidak berhak...dan kami sebenarnya gagal dalam melaksanakan rencana.Maafkan aku atas apa yang pernah kami lakukan sebelum itu..
Pertemuan aku dgn Yan seboleh2nya aku cuba merenung dalam2 wajahnya...ade sedikit kepayahan yang cuba dia tunjukn bila aku bertanya soal family..dia seolah2 kurang berminat untuk menyatakannya..aku tak mau buat rumusan dari kepayahan tue..kurang manis..Yan lebih tau...
Aku patut mengharap semoga kehidupan dia lebih baik...n aku hargai pertemuan itu...
No comments:
Post a Comment