Thursday, August 12, 2010

Hangat...?Cabaran hari ke-2


Sahur...aku ter'miss' sahur pagi nie walaupun aku dah sedar awal 0320am..sempat try nak send sms tapi tak abih.Sedar jer dah 0632am..aiseh..karat tul aku.Niat?aku dah tune awal2.

Latihan awal pagi jalan kat batu yang kononya ada kaitan dengan tindakan repleksiologi.Tapak kaki sakit dan depa kata kalau sakit mesti ada penyakit.Tapi aku rasa aku sihat.Ego..Walaupun Ramadhan latihan pagi tetap ada 3x seminggu..nasib aku lar duk dalam unit nie.

0900am-ade ceramah 'perintah ulung'.Masuk dewan dan kepala tunduk.Tidur.Habis jer tak tahu apa yang disampaikan.Syukur...

Sambung tidur kat bilik tapi handphone aku bunyi,panggilan dari incharge aku suh datang opis siapkan penyata yang tak siap semalam.Benggang...

Buat2 macam orang sibuk.Tapi kejap jer.Penyata siap aku hulur pas cuti minta signature dari OC.Cantik....

Tengahari ni memang tul2 mencabar iman dan naluri 'kejahilan' aku..Terik sangat.Kat semua tempat hangat dan pengap..Pemanasan global ker nie..?Sudah sampai ker ke garisan Khatulistiwa?Mana pohon rimbun?Hampeh!base aku takde pohon rimbun.Di ruang bilik ku pun sama,kipas2 macam turut sama posa..lemah!Aku tak rasa tiupannya..Aku cuma rasa haba.Tilam aku pun hangat.Kepala aku hangat.Hati aku hangat...Aku merungut.

Lepas zohor,aku terus cari tempat landing..Masuk dewan..Fuh..sejuk sket.Ada air-cond..ada sofa..ada kipas dinding.Aku usung pillow aku sekali.Buka baju dan teruskan aktiviti makruh aku...haha..Biar kawan2 ku tidur atas lantai mozek beralaskan kain..Ada yang buat tak tahu jer dengan panas hari nie.Buat muka terpaksa.Ada yang niat nak mandi kat kolam renang Maxwell Hill.Tapi akhirnya berendam dalam kolah kat bilik air..Gampang!

1825pm aku start motor pegi Baazar Ramadhan.Air tebu dan air kelapa.Macam semalam gak.Masih cari serawa pisang.Hampa lagi...
"Sori bang,tadi dah simpankan untuk abang..tapi ingatkan abang tak datang.Dah bagi kat satu makcik..nanti besok saya simpankan.."
Alasan abang tue bagi kat aku.Ye lar aku kan pelanggan tetap serawa pisang sejak dulu lagi..Muka aku yang ganaz nie dah cukup dia kenal..Aku beli 1 lauk jer,ikan patin masak tempoyak.Cukup.Aku start motor balik ke sarang.

Ramadhan hari ke-2.Edisi ke-14 aku di sini.Masih terlalu awal untuk aku sangka yang aku boleh bertahan.Harap-harap macam tue lar.Yakin.Kena yakin.Aku tahu iblis sudah sebarkan manifestonya awal2 sebelum ramadhan..Ramai yang dah baca.Aku harap manifesto tue tak akan sampai ke dalam peti surat hati ku.Nafsu ku.Aku akan bakar manifesto tue masa aku bakar rokok ku ketika waktu berbuka.

"Sesungguhnya iblis Laknatullah itu berjalan dalam darah para anak Adam..Jadi,sekatlah iblis itu dengan lapar..."

Hangat pun berlalu bila titisan hujan menyejukan tanah.Hati ku dingin.Alhamdulillah.....




No comments:

Post a Comment