Sunday, August 15, 2010

Rajuk Sebab Bola

"I tanya elok2 perli2 i lak..tau la i tak tau psal bola..i la yg bodoh tk tau pe2..k la have fun.."

Sebenarnya kat atas tue merupakan bait2 mesej dari cheesecake aku.Marah...

Masa tue aku tengah melayan aksi2 perlawanan bola EPL antara Aston Villa vs West Ham United yang baru jer start selepas break hampir 3 bulan.Cheesecake aku tipon ketika aku tengah kusyuk melayan.Satu habit aku bila tengok apa2 yang perlukan kosentret aku memang susah sikit nak melayan gangguan2 yang datang.Mungkin nampak kejam walaupun yang cuba menyelit tue awek sendiri..Harus korbankan untuk barang seketika dan mungkin sepanjang malam.

Semuanya punca dari soalan...

"Sapa yang main yunk..?"

"Ala...kalau i sebut nama pun bukan nyer u kenal pun..."

Jawapan aku memang terus membunuh perbualan yang baru nak mesra sikit.Bukan apa aku terpaksa korbankan perbualan untuk mengelak dari mendapat soalan2 seterusnya yang akan menganggu fokus aku pada skrin tv.

Marah dan merajuk bagi sapa2 yang ada kapel memang dah menjadi adat..normal.Aku pulak jenis memang buat derk jer sebab tahu benda kecik remeh temeh macam nie tak kan sampai mana pon..tak kan nak muncung sampai raya haji.Lagi pun aku dah sound awal2 yang aku punya habit memang macam tue.Jadi faham2 jer lar...

Dan aku tahu ia tak kan lama punya bila selepas itu mendapat mesej:

"B minta maaf..Luv u..

No comments:

Post a Comment