Tuesday, August 10, 2010

TV Punya Pasal..?

Bila aku baca dalam Metro terutama sekali ruangan IM Lapor,banyak tul rungutan2,bantahan2,protes,sakit hati kat mana2 syarikat penerbitan tv pasal program2 yang ditayangkan kat skrin tv negara kita..Malah siap bagi komentar,ada yang sokong ada yang buat2 tak sokong...sorang cakap 'ok aper'..sorang lagi cakap 'angguk ko ok...!'.Sorang nak siri drama macam nie,sorang lagi nak drama macam tenggiling..yang lain nak program tv ala2 kelembutan safi,sebilangan kecil lagi nak program yg rasa macam nak uli tepung atas kepala...Ape daa...bising2 bukan ada syarikat tv tue nak datang umah tunjuk cek kosong.."Terima kasih sebab bagi sokongan padu dan mantap pada kami,kami amat menghargainya,tuan/puan boleh isi ini cek kosong ikut suka ginjal tuan/puan...err..tuan/puan boleh cash lepas kuar dari cell nanti ye..."

Nak tahu..ada yang mengaitkan sebab akibat apa yang terjadi pada gadis2 dara sunti/suntik kita lari ke LOmbok membawa cinta tertutup mata/berair di hidung disebabkan terpengaruh dengan begitu banyak kebanjiran drama2 dari seberang,yang menampilkan hero2 ala Erlangga pakai seluar boot cut..eyak!apa kes...rasenyer orang Lombok dengan aktor drama Indon macam kalau kita bandingkan antara sorang Irian Jaya mandi kat kolam renang yang mana dipenuhi oleh orang Swedish...Yang telernya kita lar,bukan orang Lombok atau drama Indon..Itu menunjukan orang kita malas membaca.Mudah diotek-otekan..bahasa Indon kan lembut dan indah.Kalau nak tahu,omputih/bangsa lain lebih mudah belajar bahasa Indon dari bahasa melayu kita..

Ada pula yang nak drama2 dari Siam...Korean..Minta dikembalikan drama2 tue menghiasi skrin2 tv kita untuk menyingkirkan drama2 dari Indon yang semakin berlambak..Depa kata drama2 dari Siam/Korean/Tagalog lebih bagus dari Indon..banyak pengajaran/ada pelajaran moral yang diselitkan sekali tapi perangai orang kita masih lagi  bermoralkan kepala lutut dan tong sampah majlis perbandaran..Drama Indon konon nya banyak mengarut,tahayul,setan tanduk satu lar,khayal2 macam hisap gam lar,fantasi basi lar...tapi orang kita masih duk depan tv ketika solat maghrib dah dilaungkan...Mana moral kita?

Sebenarnya orang kita cepat bosan tahap kambing hari2 makan rumput nak makan rumpai laut pulak...Dah puas layan,dah leh agak penghujung citer dan episod yang panjang giler buat orang kita nak merasai suatu yang baru...Tue yang ramai buat duit datang mahkamah tuntut cerai,buang duit pun ramai..yang senyum pihak guaman..Orang kita banyak layan citer bermoral,tue yang banyak buat pembaziran 'anak'..adat timur yang kebaratan..err..rasenyer barat pon lum buat lagi macam nie..sket sangat kot.

Orang kita marah2 bukan sebab apa pun...sebab takut orang kita tak faham bahasa.

No comments:

Post a Comment