Monday, September 20, 2010

Hanya ini sahaja untuk hari ini


Ah..Tepeng kembali mengharungi musim tengkujuh rasanya..Suram dan muram seperti pekan kecil,Forks tempat yang paling disukai vampires,spesis yang laparkan darah segar.Hujan sepanjang hari membuatkan aku hanya mengharap matahari muncul di sebelah malam..Boleh ker aku fikir macam tue...?

Lebih sihat hari nie.Aku sudah boleh menjalani latihan jasmani pagi tadi.Cadangan Hamzah Ian untuk aku melompat-lompat,keluarkan peluh lebih dari itu aku lakukan.Bubur yang Knini buat pun sedap.Tapi semalam aku sukar untuk melelapkan mataku.Runsing dan aku takut kalau aku lebih tertekan bila memikirkan masalah-masalah planet aku sendiri..Aku cuba legakan emosi aku,membuat panggilan kepada Ayu Azura.Hampir berjaya untuk kurangkan kerunsingan aku.


Aku habiskan separuh hari berada di opis aku.Menandatangani dokumen2 clearing mereka2 yang akan berpindah keluar ke Sarawak.Menyiapkan rations paradestate yang terbengkalai sepanjang cuti raya.Sibuk mana pun,aku masih ada kesempatan untuk melayani chat di Facebook,membuat analisis perlawanan antara Manchester United vs LiverFOOL di blog Netlog aku dan meluangkan masa membaca Metro.Tapi aku tak ada masa untuk melayani Playstations 2..huh!

Aku berjalan kaki ke opis aku hari nie...

Hujan merencatkan rancangan kami untuk bermain futsal di gelanggang terbuka.

Hari ini...hanya ini.

No comments:

Post a Comment