April 1997..
sunyi dan redup...
Aku belum mahu ketawa bila kaki ku menjejak di bumi yang penuh sejarah nie...
Kurang sopan orang bilang,
sebab ini tanah sejarah...tanah Malaya yang ada sejarah,
Tapi bukan aku takut,
sebab ini tanah tiada keramat,
cuma aku fikir aku selamat...
...dan kaki ku belum pernah terbenam di tanah-tanah yang lembut,
orang cakap tanah Malaya yang satu ini tanahnya lembut..
orang cina cakap ini tanah Malaya,tanah yang mengandungkan benih-benih timah..kasih makan sama semua orang Malaya..yang sendawanya orang-orang putih yang kasih merdeka sama ini tanah Malaya..Orang cina cakap."kami cuma mahu kaya..."
Aku pernah cakap.."sayang kalau tinggalkan Tanah Malaya yang satu ini.."
Ini Taiping...nama orang cina yang bagi..sama dengan itu nama satu jajahan Tanah Besar China.Siapa yang kisah..?Orang Tanah Malaya cukup hidup dengan sejarah...Sejarah tak hidup..kami masih makan padi di sawah..kami tak makan timah...Timah keras zahir nya...sebab itu tanah ini lembut..supaya mudah mereka mengagau dalam tanah..hati orang Malaya lembut..sebab itu mereka cuma senyum..mana sama nilai harga timah dengan padi di sawah.?
Orang-orang di Tanah Malaya yang satu ini ramah..
Aku mula kenal aku belum suka,lama-lama hati ku tertanam di tanah-tanah yang lembut ini.Macam tanah selut..lembut tapi payah untuk dikeluarkan kaki yang telah tertanam...sebab itu orang-orang cina sudah lupa Tanah Besar China..sama nama-nama tongkang yang bawa mereka ke sini.Siapa nakhodanya?Sebab itu orang-orang putih cipta sejarah.."kami bukan mahu jajah,kami cuma mahu kaya di Tanah Malaya yang kaya.."Orang tanah Malaya kata.."kami memang ramah..kami makan padi di sawah..kami hidup bukan lama.."
Di tanah kelahiran ku jauh..sebab itu aku dulu balik 2-3 tahun sekali sekala..aku sibuk beramah mesra dengan orang-orang Tanah Malaya..Orang Tanah Malaya tanya.."Masih lebat lagi kah hutan di Borneo..?"Aku jawab dengan tertawa.."Di tanah Borneo,hutan lebat sudah tiada..yang lebat cuma hutan di hati".Dulu,soalan ke dua mesti agama yang ditanya.."Kamu muslim..?"
Tanah Borneo itu sealiran darah dengan Tanah Kalimantan..menyeberang ke Tanah Sulu...Bapa ku lahir di Tanah Kalimantan..moyang ibu ku lahir dari seberang Tanah Sulu...
Dan aku menyeberang ke Tanah Malaya..bukan mahu cari timah,bukan mahu makan padi di sawah..bukan mahu kenal sejarah..bukan mahu menjajah..bukan mahu jadi kaya raya...Aku juga bukan perantau yang mahu jadi hamba...bukan mahu cari identitas diri ku sapa...
Aku ini hamba-NYA..yang hidup melata bukan hidup meminta..bukan hidup dengan cinta semata-mata...tapi aku hidup kerna aku telah dicipta...
Tanah ini atau tanah tumpah darahku..adalah milik_NYA.
No comments:
Post a Comment