Friday, September 3, 2010

Mimpi...



Mimpi mendatangi kita ketika diri berada di ruang legar luar sedar...Ada corak mimpi yang kita senangi dan ada bentuk yang kita takuti..Bukan kita yang mengawal setiap pergerakan diri kita tatkala menyusuri perjalanan mimpi yang tercipta..Kita seolah-olah pemerhati yang melihat diri kita sendiri..

Aku suka kalau sedarku dari tidur yang sekejap mampu mengingati mimpi yang terbentuk dari aku terpaksa berusaha mengingati kembali mimpi ku yang kabur dari tidur yang panjang..Seakan aku merasa ketidakpuasan dari tidurku..malah sedaya upaya mencuba menemukan penghujung kisah mimpiku...Selalu ku tertipu oleh mimpi ku sendiri..

Tidak pernah sekalipun aku berjaya melanjutkan mimpiku dengan penceritaan yang jelas selepas bangkit dari mati yang sekejap ini..Malah ada masa2 tertentu aku perlu menyeka peluh yang membasahi tubuhku ketika dihambat oleh makhluk2 mimpi ngeri..Beristighfar aku sebentar meredakan kelajuan denyutan dan aliran adrenalinku..Itu belum dikira sedar dengan keheranan tika seluar dalamku lembab dengan basahan air mani kerana diulit mimpi yang begitu nikmat..Aduh,baru saja aku alami selang 2 hari lepas..seriously!Huh...!

Punya pandangan masing2 tentang kisah mimpi dan setiap dari kita sebolehnya mahu ada tafsiranya sendiri..Paling suka didengar yang mengatakan mimpi itu hanya mainan tidur..Usah diyakini mimpi2 kita punya hubungan dengan dunia realiti kita kerana kita sentiasa dibiasakan dengan peringatan kebetulan sahaja.Kebarangkalian benar itu terlalu di luar logika akal kita kerna ada satu yang membataskan kita,kita cuma manusia biasa2 saja dan kita bukan orang2 yang terpilih...Kadang2 setan itu masih mampu merencana mimpi kita.

Tidur yang tenang belum pasti ada mimpi yang bertandang...dengkur yang panjang belum tentu mimpi ketakutan untuk datang..

Kekadang,bila aku mahu memejamkan mata sebolehnya khayalanku disambung terus oleh mimpiku..Namun yang pasti aku selalu saja terlupa akan rentak tarian mimpiku ketika kakiku berlaga sesama sendiri..Bagaimana nanti mimpiku harus menari dengan pasanganku...? 

No comments:

Post a Comment