Terasa kecil dan terbiar kita berada di permukaan yang luas
Sekonyong-konyong merasa terapung dan merentasi garisan
Tanpa sempadan terus-terusan terlambung
Semakin lemah,lemah dan lemah...
Pengharapan cuma pada hentian di pulau-pulau yang sementara...
Aduhai buana...kau bagai lautan yang mengoleng aku tanpa tujuan..
Namun..tidak sekali-sekali aku membiarkan diriku serupa kayu buruk yang hanyut di tengah-tengah lautan.Aku tidak mahu lemah dan hanya mengharap akan terlempar ke tepian.Kerna kepercayaan aku keluar dari kelemahan dan kebejatan hidup suatu yang aku yakini mampu aku lakukan.Justeru bersamaan dasarnya fitrah manusia itu dicipta bukan hanya membiarkan rencana takdir terusan memamah kendiri.Kita ada perjuangan toh untuk kehidupan hari ini atau juga akan datang...
Persis kayu buruk di tengah lautan..Yakini kita tidak mahu berlaku seperti itu..
Selayaknya kita manusia masih diberikan minda yang berfungsi..
Selayaknya kita manusia yang tau hati kita masih hati manusia..
Makanya..perlakukan itu toh selayaknya selagi kita bernama manusia..
Siapa yang mahu menjadi kayu buruk yang hanyut?
Tidak sekali-kali menjadi benda yang terakhir untuk dihitung...
No comments:
Post a Comment