Bermula di semenanjung Chuckchi merentasi permukaan Siberia yang tidak mengenal belas kasihan pada manusia-manusia yang melata di dadanya,akhirnya ditemui titik akhir pengembaraan hidupnya sebagai pelarian perang saat kakinya tiba di Persia sebelum meneruskan destinasi perjalanan pulangnya ke pangkuan isteri dan keluarga yang selama ini mengingatinya sebagai telah tewas dalam kebejatan peperangan dunia ke-2.
Kisah klasikal Clement Forrell ini sangat luarbiasa dan merupakan satu kisah benar yang difilemkan sebagai seorang tawanan perang German yang berjuang melarikan diri dari East Cape,sebuah kem yang sangat brutal di mana tempat dia menjadi buruh paksa.Namun demi janji kepada isterinya untuk kembali dia nekad untuk mengharungi sejauh 4 juta kilometer selama tiga tahun.Dia menjadi buruan,terpaksa menyamar,menyembunyikan diri,ketakutan,kesakitan dan berhadapan dengan sikap protagonis dan antagonis manusia lain...
Itu belum dikira dengan semangat kental-beraninya berhadapan dengan kedinginan musim salji dan bencana alam yang lain yang seolah-olah mahu membaham dan melenyapkannya dari muka bumi ini.Takdir perjuangan Forrell yang sangat menakjubkan sebagai anggota tentera German yang berkhidmat dalam Paratroop Regiment ini dijadikan inspirasi ketabahan dan semangat yang tidak pernah kenal putus asa
Info: Dialihbahasa kepada 15 buah bahasa.
Terjual lebih dari 12 milion salinan..
Award-winning German pada Festival Filem Cannes 2002.
So weit die Füße tragen (As Far As My Feet Will Carry Me...)
No comments:
Post a Comment