Wednesday, December 22, 2010
seabiscuit-my inspirations
Laura hillenbrand tidak menyangka sama sekali kalau suatu hari nanti menjadi terkenal dan mendapat pengiktirafan 'best selling novel' hanya dengan menghasilkan sebuah karya besar dari kisah benar yang berjudul 'seabiscuit-an american legend' yang mana akhirnya dijadikan sebuah filem hebat pada tahun 2003 dan diarahkan oleh gary ross.Filem hebat ini menerima 3 anugerah dan ditunjangi oleh tiga aktor yang juga tidak kurang hebatnya iaitu,tobey maguire,jeff bridges dan chris cooper yang mendapat sorotan lampu sepanjang filem ini.
Kisah ini terhasil hebat di atas kebangkitan dari masa-masa sulit ke 3-3 watak yang bergabung secara langsung dengan seekor kuda liar yang diberi nama seabiscuit.Mereka dipertemukan demi untuk melahirkan seabiscuit sebagai seekor kuda lumba yang menjadi sensasi media ketika era kemerosotan ekonomi yang melanda amerika syarikat.Red pollard(tobey)anak seorang hartawan tapi akhirnya dijual kepada pemilik ladang kuda diambil oleh charles howard(jeff)sebagai joki kepada seabiscuit.Charles howard merupakan seorang penjual mobil yang berjaya di bay area tapi akhirnya menukar haluan selepas kemalangan mobil yang mengorbankan anak lelaki tunggalnya dan kehilangan istri akibat perceraian.
Seabiscuit,kuda liar yang hampir dibunuh oleh pemilik asalnya dibeli oleh howard dan ia mencari seorang pelatih kuda dan akhirnya menemukannya dengan tom smith(cooper),seorang lelaki yang tunawisma(homeless)yang semakin hari mula berputus asa.Kehidupan mereka bertiga bermula dari tekanan hebat,kehancuran,porak poranda,semangat yang hilang,kemelaratan,kesedihan dan kekecewaan tapi kembali hidup dengan ras seabiscuit..Seabiscuit akhirnya muncul sebagai kuda lumba yang digeruni sekalipun pada pertengahan filem ia mengalami kecederaan parah dan pollard mengalami kaki patah..tapi atas kesungguhan tom dan keyakinan jeff,mereka bangkit dengan semangat juang yang tinggi ketika mereka seakan-akan tenggelam dalam dugaan hidup yang kejam.
Kisah filem ini serasanya telah ramai yang pernah menontonnya.Pada akhir kisah,pollard memberi ucapan yang sangat berharga.."kamu tahu,setiap orang berfikir kami menemui kuda yang jatuh dan rosak ini dan membetulkannya tapi sebenarnya tidak,dia lah yang membetulkan kami,setiap dari kami dan aku rasa inilah cara untuk kami membetulkan antara kami juga..."
kamu tahu kalau nama kuda ini juga menjadi inspirasi bagiku ketika mula-mula mewujudkan blog pada febuari 2010 dan aku masih mengekalkan slogan 'aku bangkit setelah mereka fikir hidup aku mati'.Seabiscuit terlalu memberi makna yang sangat berharga dalam sepanjang kehidupan aku dan aku gunakan nama ini sejak 2003 lagi.Kendian aku telah mengubahnya kepada si biskut dan akhirnya kepada biskut sahaja dan aku tidak pernah lupakan nama asal blog aku.Semangat juang yang tinggi,kegigihan dan keberanian..hidup adalah perjuangan dan terus berjuang sekalipun semakin lemah...Jangan pernah berputus asa!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment