Thursday, December 16, 2010

SKINS-terlalu biadap.



hari ini agak telat berbanding hari-hari sebelumnya kerna aku baru saja menghabiskan latihan pernafasan di perairan pulau bintan seawal jam sembilan pagi.Banyak perkara harus dibereskan terlebih dahulu termasuk menyapu kulit dengan permacare,sejenis serbuk antibakteria yang diadun bersama tea tree oil.

Bukan mau menyentuh soal kulit ya tapi mau menyentuh soal SKINS..sebuah drama remaja britain yang diterbitkan sekitar 2007 yang mana siri tv ini belum pernah bersiaran di kaca tv kita kerna saja ia memaparkan satu kehidupan remaja yang sangat buruk dan tidak pantas untuk menjadi tontonan.Siri ini ditulis oleh bryan elsley dan jammie brittain yang lebih cenderung pada garis plot kontroversial mengekplorasi isu-isu seperti keluarga yang disfungsional,penyakit mental,identitas orientasi seksual,penyalahgunaan dadah,alkoholik dan kematian.Malah terlalu banyak sensor gitu..

Itu mungkin tidak mengapa lagi tapi bila dev patel sebagai anwar kharral,seorang muslim dan dikenal kerna kejenakaan konyol,serasa mereka cuba menimbulkan kritikan dari umat islam yang lain.Dalam salah satu babak di musim yang pertama kelihatan dev melakonkan babak solat dengan melakukan rukun sujud berkali-kali sambil berborak dengan teman wanitanya...Jadi fikir sendiri deh...mereka terlalu angkuh sehingga soal solat menjadi satu bahan jenaka!.dan itu satu kekonyolan yang melampaui batas.Kalau kamu tidak tersentuh dengan itu terpulang saja lho..Mungkin saja ada yang berfikir,ah!itu kan cuma lakonan dan permintaan direktor..

(Sedikit info tentang dev patel.Pemuda ini menjadi terkenal selepas filem bajet rendah slumdog-milionaire meraih oscar yang mana dia membawa watak jamal malik.Dev juga berlakon sebagai prince zuko dalam the last airbender dan sedikit lakonan dalam the commuter.)

Memetik kata-kata dari datuk abdullah hussain : " bangsa yang tidak berbudaya dan bersusila adalah bangsa yang tidak ada tamadun".

No comments:

Post a Comment