Sunday, June 12, 2011

senin yang difikirkan




Kalau sekalipun aku berkesempatan bersama teman-teman yang lain berhimpun dan menyanyikan lagu kebangsaan 'negaraku' setiap pagi senin,mana mungkin aku sudah berhasil menjadi rakyat yang baik.Paling tidak aku cuma dibilang mencukupkan bilangan yang hadir pada satu-satu perhimpunan.Berdiri tegak dan menghormati lagu 'negaraku',menyanyi bersama-sama seperti satu kumpulan koir sambil berfikir menu apa pagi itu di kafeteria atau apa bentuk latihan jasmani yang akan dijalani selepas itu..Tidak rumit.


Kembali menjalani hari-hari bekerja untuk kepentingan negara sambil membebel dan merungut akan kekurangan masa untuk diri sendiri,itu lebih rumit.Hari senin merupakan hari yang sangat menjengkelkan bagi hati rakyat yang terlupa kalau semalam sudah dihabiskan untuk libur.Seolah senin merupakan saat menahan nafas di dalam air untuk satu tempoh masa yang agak lama.


Senin bagi setengah orang adalah ruang untuk keluar dari kerumitan dalam menempuhi hari-hari seterusnya.Keberhasilan dari itu,memudahkan pada yang lain.



No comments:

Post a Comment