Kalau semasa masih kecil itu saat hujan suatu yang sangat menyeronokkan..boleh bermain air hujan yang turun dari pancuran atap rumah atau berada dalam lapangan halaman rumah sambil mendongak dan mendepangkan tangan seolah-olah menerima kehadiran hujan dengan hati yang terbuka....Malah dimarah sekalipun masih tetap berdiri dalam lebatnya hujan dan tidak menghiraukan kedinginan yang semakin mencengkam tanpa pakaian pada tubuh kecil..Mungkin hujan masih memberi peluang untuk aku mengingati sedikit memori aku zaman kanak-kanak yang penuh dengan kelasakan dan kenakalan...kedegilan dan penuh kasihan...
Saat ini aku kedinginan sekali selepas bermain sepakbola dalam hujan lebat petang tadi...Masih belum mahu hilang kesannya malah terbawa-bawa dalam keletihan sehinggakan aku tertidur tanpa menyentuh makan malam ku.Entah fikiran apa yang membuatkan aku terus bermain saat itu dan kini setelah aku tersedar dari tidurku yang terawal aku merasakan ada sedikit yang hilang...Bukan rasa laparku yang hilang tapi sesuatu yang aku masih tertanya-tanya...Tapi apa?
Tenggelam dalam hujan seolah aku melepaskan suatu yang melingkari emosiku sedari awal petang tadi.Ada perasaan yang berbaur yang kuhambat dalam kesungguhanku bermain dalam hujan...Ternyata hujan menolongku menghilangkan resah yang bersarang...membuatkan aku terlena tanpa mimpi atau igauan buruk.
Kembali aku dalam kesedaran dengan satu rasa pada suatu rasa yang lain...
Ah,memori ku semakin hilang imunnya...

No comments:
Post a Comment