Friday, January 21, 2011

a patron of help for heroes...



Dia pernah berada dalam suasana peperangan di Kosovo,berada di barisan hadapan ketika dihantar bertugas di bawah NATO dan diletakan dalam Regimen Kavalri British Army dan sebagai 'doktor tanpa sempadan' yang menjadi sasaran tentera Serb ketika konflik Macedonia-Yugoslavia berlaku pada tahun 1999.Dia merupakan seorang pegawai tentera berpangkat leftenan ke-dua dan dinaikan pangkat kepada kapten meskipun dia pernah ingkar pada arahan NATO untuk menyerang Russian.Bapanya juga seorang anggota tentera berpangkat kolonel dalam British Army Air Corps sebagai pilot helikopter.

Menghabiskan zaman kanak-kanaknya di berapa buah negara,England,Cyprus dan Jerman dan dia sebenarnya dilahirkan di Hospital Tentera Tidworth England pada 22 february 1974.Tampak bahwa dunia ketenteraan begitu tidak asing bagi dirinya malah dia mendapat latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst.

Dari dunianya yang penuh dengan bayangan peperangan,yang sentiasa menjadi igauan ngeri para tentera ketika cuba kembali dalam dunia normal,ternyata dia berhasil mengaplikasikan suaranya untuk lagu-lagu yang hebat malah disenaraikan dalam Guinness Book Of World Record kerna kepantasan jualan album dalam setahun.Lagu-lagunya banyak dijadikan lagu soundtrack dalam O.C,Grey's Anatomy dan banyak lagi.Dia menghasilkan 3 buah album iaitu Back To Bedlam(2005),All the Lost Soul(2007) dan Some Kind Of Trouble(2010).Dia juga berusaha bagi kutipan amal untuk Haiti Earthquake Appeal dan sampai kini mendukung Medecines Sans Frontieres(MSF).Dia dicalonkan dalam banyak majlis anugerah Grammy Award dan mendapat award seperti MTV Video Music Award,BRIT Award,Teen Choice Award,ECHO Award dan NRJ Music Award di berapa buah negara penganjur.Tentu ada yang tahu lagu2nya seperti 'Goodbye my Lover',You're Beautiful,1973 dan Same Mistake'..

Dia ialah JAMES HILLIER BLOUNT ato dikenali sebagai James Blunt.
Aku saja-saja deh mau nulis tentang James Blunt kerna aku salah seorang dari jutaan peminat lagu-lagunya...tapi pasti belum menjadikan aku seorang yang sentimental deh..haha.

No comments:

Post a Comment