Tidak dapat kita membayangkan betapa kesedihan yang dialami oleh Tim Thomas terlalu sukar untuk dihapuskan di sepanjang nafasnya masih terhela hanya kerna gara-gara kesilapan yang dilakukannya...Dia menanggung kesedihan itu selama hidupnya masih dibayangi oleh kematian orang yang tersayang dan tujuh manusia yang lain.Semuanya berpunca dari kemalangan jalanraya yang diakibatkannya sendiri.Satu kesilapan yang membawa jiwanya pergi bersama mereka termasuk tunangnya sendiri.
Dia tekad untuk membuat keputusan demi menebus dosa dan silapnya dengan mendermakan setiap organnya kepada tujuh manusia yang terpilih,yang sangat baik Tim kira berbaloi untuk didermakannya.Malah saat hatinya mulai jatuh cinta kepada Emily Possa yang mengalami masalah jantung,satu lagi pengorbanan yang terbesar dalam hidupnya dilakukan demi untuk melihat orang yang mulai dia sayangi meneruskan kelangsungan hidup sekalipun nyawanya menjadi taruhan.Sungguh!kisah ini pasti akan membikin kamu benar-benar rasa terharu malah serasa mahu menangis semahunya.
Jangan dinilai pada apa silapnya di masa lalu tapi nilailah pengorbanan yang bagi kita suatu yang amat rumit dijalani.Ada antara kita yang tidak mahu menyatakan kesilapan apalagi mahu menebus silap kita.Soal cinta kita belum sampai tahap mahu mengorbankan harta yang tidak ternilai ini hanya untuk sebuah cinta.Tidak mungkin!Tapi sayang,saat hati terlalu kecewa kita tewas dengan kesakitan yang bodoh!Kita letak nyawa kita serendah cinta yang bukan milik kita..Apakah itu selayaknya sebagai satu pengorbanan...?
Biar kita menangis hari ini untuk satu masa yang tidak akan kita kesali....

No comments:
Post a Comment