Monday, November 29, 2010
Tac yar...!
Cuma berapa hari,namun cukup beri impak.
Keresahan demi keresahan membalut rutin harian malah agak kurang senang melihat teman-teman yang lain terus-terusan menguasai kehidupan mereka dengan senyuman.
Ya agak kurang senang di sini bukan bererti aku membenci mereka tapi mencemburui kecukupan yang mereka perolehi.Lantas,aku juga mahu menjadi seperti mereka walaupun dunia yang aku teroka berbeda daripada mereka.
Seperti yang diketahui aku mengalami permasalahan pada keizinan akses pada internet,dan kerna itu aku terusan berusaha memperbaikinya.Tidak mau hanya membiarkan kondisi aku kayak pelombong arang batu Chile yang tertutup pada dunia luar gara-gara ketimbusan akibat letupan lombong mengharap ada sinar cahaya menembusi.Akhirnya pihak perunding Celcom tampil memberi bantuan tahap terbaik selepas aku menghubungi mereka..
Dalam itu aku gembira pada semua teman-teman blogger yang sentiasa memberi sokongan untuk blog aku dan ianya memberi semangat pada aku untuk terus berkarya dalam dunia penulisan blog.Aku sememangnya mula mencintai pemangkin pada penulisan-penulisan aku di sini justeru itu aku mengucapkan jutaan terima kasih pada semua sebagai tanda penghargaan aku yang tidak pernah bersempadan...Telus dan ikhlas..
Salam bertemu kembali sob...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment